Datuk Noraini Ahmad yang tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti Disember ini, enggan menamakan sesiapa untuk menggantikan tempatnya. ''Saya tidak mahu menamakan sesiapa bagi jawatan itu serta mempengaruhi ahli-ahli mengenai pengganti saya. Biarkan mereka tentukan sendiri," katanya. Noraini yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia bakal melepaskan jawatan itu kerana telah melepasi had umur 40 tahun. Beliau berkata, ahli Puteri UMNO bebas memilih ketua baru mereka sama ada secara lantikan atau pertandingan pada perhimpunan agung parti itu nanti. ''Bagaimanapun, pemilihan secara pelantikan adalah cara yang paling ideal untuk dilaksanakan. ''Walaupun seseorang itu boleh bertanding apabila mendapat dua pencalonan, cara yang paling baik bagi mengisi jawatan itu adalah melalui lantikan,'' katanya. Menurutnya, ramai ahli pergerakan itu berkelayakan memimpin pergerakan tersebut, sementara ahli-ahli Puteri pula telah cukup matang untuk memilih calon terbaik untuk mewakili mereka. Bagaimanapun, ujarnya, sesiapa yang berminat bertanding jawatan itu haruslah sentiasa mengutamakan parti serta 'memberi balik' kepada masyarakat selaras dengan fokus perjuangan pergerakan tersebut. (sumber) Saturday, 26 April 2008
NORAINI AHMAD TIDAK AKAN PERTAHANKAN JAWATAN DALAM UMNO
Datuk Noraini Ahmad yang tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti Disember ini, enggan menamakan sesiapa untuk menggantikan tempatnya. ''Saya tidak mahu menamakan sesiapa bagi jawatan itu serta mempengaruhi ahli-ahli mengenai pengganti saya. Biarkan mereka tentukan sendiri," katanya. Noraini yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia bakal melepaskan jawatan itu kerana telah melepasi had umur 40 tahun. Beliau berkata, ahli Puteri UMNO bebas memilih ketua baru mereka sama ada secara lantikan atau pertandingan pada perhimpunan agung parti itu nanti. ''Bagaimanapun, pemilihan secara pelantikan adalah cara yang paling ideal untuk dilaksanakan. ''Walaupun seseorang itu boleh bertanding apabila mendapat dua pencalonan, cara yang paling baik bagi mengisi jawatan itu adalah melalui lantikan,'' katanya. Menurutnya, ramai ahli pergerakan itu berkelayakan memimpin pergerakan tersebut, sementara ahli-ahli Puteri pula telah cukup matang untuk memilih calon terbaik untuk mewakili mereka. Bagaimanapun, ujarnya, sesiapa yang berminat bertanding jawatan itu haruslah sentiasa mengutamakan parti serta 'memberi balik' kepada masyarakat selaras dengan fokus perjuangan pergerakan tersebut. (sumber)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tak rasa ada jalan lagi dah buat Noraini. Mungkin dia dah ditolak kepimpinannya juga oleh ahli2 lain.
Lepas ni ke mana Noraini?? Entah ler. Rasanya bukak bisnes je kot.
Noraini perlu memainkan peranan besar bersama-sama Umno Johor untuk kekal relevan.
Nak off topic jap Wak.
Noraini nampak lebih cantik dan bersopan bila bertudung...kan gitu.
Post a Comment