Datuk Noraini Ahmad yang tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti Disember ini, enggan menamakan sesiapa untuk menggantikan tempatnya. ''Saya tidak mahu menamakan sesiapa bagi jawatan itu serta mempengaruhi ahli-ahli mengenai pengganti saya. Biarkan mereka tentukan sendiri," katanya. Noraini yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia bakal melepaskan jawatan itu kerana telah melepasi had umur 40 tahun. Beliau berkata, ahli Puteri UMNO bebas memilih ketua baru mereka sama ada secara lantikan atau pertandingan pada perhimpunan agung parti itu nanti. ''Bagaimanapun, pemilihan secara pelantikan adalah cara yang paling ideal untuk dilaksanakan. ''Walaupun seseorang itu boleh bertanding apabila mendapat dua pencalonan, cara yang paling baik bagi mengisi jawatan itu adalah melalui lantikan,'' katanya. Menurutnya, ramai ahli pergerakan itu berkelayakan memimpin pergerakan tersebut, sementara ahli-ahli Puteri pula telah cukup matang untuk memilih calon terbaik untuk mewakili mereka. Bagaimanapun, ujarnya, sesiapa yang berminat bertanding jawatan itu haruslah sentiasa mengutamakan parti serta 'memberi balik' kepada masyarakat selaras dengan fokus perjuangan pergerakan tersebut. (sumber)
Showing posts with label Puteri. Show all posts

Saturday, 26 April 2008
NORAINI AHMAD TIDAK AKAN PERTAHANKAN JAWATAN DALAM UMNO
Datuk Noraini Ahmad yang tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti Disember ini, enggan menamakan sesiapa untuk menggantikan tempatnya. ''Saya tidak mahu menamakan sesiapa bagi jawatan itu serta mempengaruhi ahli-ahli mengenai pengganti saya. Biarkan mereka tentukan sendiri," katanya. Noraini yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia bakal melepaskan jawatan itu kerana telah melepasi had umur 40 tahun. Beliau berkata, ahli Puteri UMNO bebas memilih ketua baru mereka sama ada secara lantikan atau pertandingan pada perhimpunan agung parti itu nanti. ''Bagaimanapun, pemilihan secara pelantikan adalah cara yang paling ideal untuk dilaksanakan. ''Walaupun seseorang itu boleh bertanding apabila mendapat dua pencalonan, cara yang paling baik bagi mengisi jawatan itu adalah melalui lantikan,'' katanya. Menurutnya, ramai ahli pergerakan itu berkelayakan memimpin pergerakan tersebut, sementara ahli-ahli Puteri pula telah cukup matang untuk memilih calon terbaik untuk mewakili mereka. Bagaimanapun, ujarnya, sesiapa yang berminat bertanding jawatan itu haruslah sentiasa mengutamakan parti serta 'memberi balik' kepada masyarakat selaras dengan fokus perjuangan pergerakan tersebut. (sumber)
Subscribe to:
Posts (Atom)