Wednesday 16 April 2008

HURAIAN BERNAS, TEPAT DAN PADAT MENGENAI ISU BABI

Semua kita sedia maklum terdapat begitu banyak isu-isu untuk ditangani oleh semua pihak di Malaysia dan Selangor khasnya. Dalam kontek kemasyarakatan, keadaan begitu mendesak untuk kita menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan integriti kaum, masalah sosial dan jenayah. Mengikut stastik dan maklum balas daripada akar umbi, inilah antara isu-isu yang menjadi keutamaan untuk di selesaikan oleh pihak pemerintah. Tetapi setakat ini, selepas PRU, kita tidak nampak lagi penekanan yang begitu serius diberikan terhadap isu-isu yang disebutkan di atas.
Dalam perkembangan terbaru di Selangor yang diwar-warkan oleh semua pihak sekarang ini malah YB sendiri ialah berkenaan dengan isu projek ternakan babi yang dikatakan akan dibuat dalam skala yang besar tetapi secara sistematik di Selangor. Pelbagai pihak telah memberikan pandangan dan maklum balas tentang isu berkenaan. Tidak dapat dinafikan isu ini juga merupakan antara isu yang berada di tangga teratas kerana ia berkaitan dengan soal alam sekitar , kesihatan serta sensitiviti masyarakat Malaysia, khasnya penduduk Islam. Sesungguhnya isu babi boleh dikatakan telah berlarutan sekian lama dan merimaskan pelbagai pihak. Permasalahan yang berlegar sekarang adalah penternakan babi yang berleluasa tanpa kawalan yang menyumbang kepada pelbagai permasalahan seperti yang kita sedia maklum.
Sebelum kita pergi lebih jauh dalam menangani isu ini, amatlah perlu kepada kita untuk memahami keperluan kepada babi itu sendiri. Dengan ini, ia akan memudahkan kita untuk mencari pendekatan yang lebih sesuai berdasarkan keperluannya. Tidak dapat dinafikan bahawa daging babi merupakan sejenis makanan yang lazat bagi sesetengah pihak. Tetapi dalam masa yang sama ia juga merupakan sejenis makanan yang lebih banyak membawa kepada kemudaratan dari segi kesihatan dan pembentukan peribadi seseorang. Kita sedia maklum bahawa babi merupakan sejenis binatang yang begitu kebal daripada sebarang jenis penyakit dan pada masa yang sama ia juga bersifat pengotor. Jika diperhatikan kepada tabiat semulajadi kehidupan dan pemakanan binatang ini, ia amatlah berlainan dengan binatang-binatang lain.
Dengan sifat semulajadinya yang kebal daripada sebarang penyakit dan tabiatnya, jadi tidak hairanlah sekiranya binatang ini disinggahi, menyebar dan menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis virus dan cacing. Pelbagai kajian secara saintifik telah dijalankan berkenaan dengan babi dan kesinambungannya dengan penyebaran dan pembiakan kepada pelbagai jenis virus dan cacing.


Kajian dan penyelidikan berkenaan dengan babi telah dijalankan berabad-abad yang lalu dan ia telah diperakui oleh kebanyakan pakar yang pengambilan babi sebagai sumber pemakanan lebih membawa kepada keburukan. Salah satu huraian tentang keburukan babi telah dibuat oleh John Harvey Kellogg (1897), pengasas produk pemakanan Kellog Corn Flake. Salah satu huraian beliau boleh ditemui di laman web berikut, http://www.giveshare.org/Health/porkeatdanger.html
Petikan daripada laman http://www.ismaweb.net/ISMA/PNphpBB2-printview-t-47-start-0.phtml juga menggariskan penyataan daripada beberapa pakar perubatan berkenaan dengan babi seperti berikut. Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts yang juga seorang Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan bahawa terdapat PELBAGAI JENIS PENYAKIT yang boleh di jangkiti daripada babi seperti:
• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosisKajian oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara PENYAKIT-PENYAKIT ini ada yang BOLEH MEMBAWA MAUT, contohnya leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.
TOKOH-TOKOH PERUBATAN CHINA juga tidak kurang mengatakan
bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkhasiat MELAINKAN DAGING BABI.”
Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.”
Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.”
Kesan-kesan yang dinyatakan di atas bukanlah kes-kes baru kerana ia telah banyak berlaku di banyak negara termasuk negara kita sendiri seperti yang kita telah sedia maklum.

Kita juga tidak menafikan bahawa sumber makanan yang lain juga boleh membawa bahaya jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan atau dengan diet tidak teratur. Tetapi ia tidaklah seperti bahaya yang dibawa oleh babi. Babi secara nyata dan jelas berbeza dengan sumber makanan lain.

Dalam kontek kerohanian pula, kita sedia maklum bahawa kita terdiri daripada badan(body) dan jiwa/roh(soul). Unsur-unsur kandungan babi dalam badan boleh mengurangkan perasaan malu (dalam melakukan perkara yang tidak elok) dalam diri seseorang selain daripada menyemai perasaan bongkak, tidak berperikemanusiaan dan tamak haloba. Tetapi ia tidak sampai ke tahap kita boleh mengatakan yang bahawa seseorang yang memakan daging babi dia semestinya berperangai begitu kerana ramai juga manusia yang tidak memakan babi berperangai yang tidak elok. Perangai buruk boleh disebabkan oleh banyak faktor. Tetapi kita boleh mengambil iktibar bahawa pengambilan unsur-unsur babi secara konsisten boleh mempengaruhi komposisi rembesan kimia dalam badan seterusnya mempengaruhi cara kita berfikir, perasaan dan tindakan kita. Salah satu tulisan yang dibuat mengaitkan babi dan kejiwaan telah dikarang oleh Rashid Shamsi dalam The Muslim World League Journal, Rajab 1420 - October 1999. Beliau juga ada memetik pepatah Inggeris yang berbunyi 'a man becomes what he eats'.

Dalam kontek keagamaan pula, agama-agama samawi iaitu Islam, Yahudi (Jew) dan Kristian (Old Testament) begitu jelas memperkatakan tentang pengharaman babi. Tetapi ramai penganut-penganut Kristian telah mengabaikan perintah itu. Dalam kontek Islam, segala bentuk pengharaman termasuk babi adalah berkait rapat secara ilmiah dan saintifik dan kita diperintah untuk mendalami dan mencari hikmah-hikmah di sebalik apa yang diperintahkan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan.

Di peringkat global sekarang, banyak negara-negara cuba untuk mengurangkan pengambilan babi malahan Australia telah menguatkuasakan pengharaman penternakan babi di sesetengah tempat untuk mengurangkan jumlah babi. Jiran-jiran kita seperti Singapura dan Hong Kong juga telah dikatakan mengambil langkah untuk tidak membenarkan kemasukan babi hidup ke dalam negara mereka.
Beliau malahan secara nyata menyarankan adalah lebih baik berhenti daripada membiakkan babi dan biarkan ia mencari tempatnya sendiri untuk hidup.

Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas adalah jelas kepada kita bahawa babi banyak membawa kepada keburukan dan ketidak harmonian. Jadi berbalik kepada isu babi di Malaysia amnya dan Selangor khasnya. Apakah pendekatan yang harus kita ambil terhadap isu babi ini? Kalau dilihat kepada aspek-aspek negatif yang di bawa angkara babi ini, adalah lebih baik diharamkan terus babi ini dalam bentuk apa pun baik penternakan, pembiakan dan pemakanan khasnya. Tetapi apakah wajar kita berbuat demikian? Jawapan kepada soalan ini adalah bergantung kepada tujuan aktiviti-aktiviti tersebut.

Dalam kontek penternakan, ia lebih kepada satu industri untuk tujuan komersial. Jadi bolehkah kita menghapuskan industri ini jika ia untuk tujuan komersial semata-mata. Jawapannya kenapa tidak. Tetapi bagaimana nasib terhadap penternak-penternak babi itu. Sebenarnya, jawapan itu telah ada. Kita lihat bagaimana kita menangani isu penanam-penanam tembakau atau isu-isu pengambilan tanah demi sesuatu tujuan. Kita boleh memberi pampasan dan menawarkan peluang-peluang lain. Jadi apakah pendekatan seperti ini tidak boleh dilakukan dalam isu babi ini? Jika kita boleh mempertimbangkan untuk membunuh babi bila keadaan mendesak seperti bila penularan wabak penyakit. Jadi dalam keadaan terkawal, kenapa kita tidak berkata untuk menghapuskan penternakan babi. Kita tidak perlu membunuh babi itu. Ia boleh dilakukan secara jualan pukal kepada pihak-pihak yang sanggup membelinya. Apakah kita dikatakan kejam bila berbuat demikian? Atau tidak kejamkah kita bila membiarkan sesuatu yang kita maklumi berbahaya dan boleh membawa mudarat biarpun dikatakan dibuat dalam keadaan terkawal terus berada dalam masyarakat kita? Tidakkah ia seumpama 'api dalam sekam'? Jika ia membawa kepada kebaikan dan amat perlu tidak mengapa, kita mungkin sanggup untuk mengambil risikonya. Tapi perlukah kita berbuat demikian untuk babi? Jawapannya TIDAK.

Dalam kontek kemasyarakatan dan intergriti, kita perlu memikirkan tentang jurang perbezaan. Kita seharusnya mengurangkan jurang perbezaan antara semua kaum. Dalam masyarakat Malaysia khasnya, penduduk Islam begitu menitik berat perihal soal halal dan haram. Babi seperti yang telah kita semua maklum dalam Islam merupakan unsur haram atau maaf untuk disebut merupakan najis berat. Jadi secara tidak langsung ini merupakan satu perkara yang mereka begitu pertimbangkan bilamana menghadiri majlis-majlis atau keraian yang dianjurkan oleh orang bukan Islam. Itu baru dalam kontek kehidupan harian. Bagaimana pula dalam kontek pertanian dan perniagaan bilamana petani-petani bukan Islam secara terang-terangan mengguna pakai dan menghasilkan produk-produk yang disenaraikan dalam kategori haram? Perlukah kita menggadaikan semua itu dengan menambahkan jurang perbezaan demi untuk memelihara babi?

Berdasarkan analogi di atas adalah perlu untuk mengurangkan bilangan babi seterusnya membasminya. Bukan untuk menstabilkannya kerana risiko untuk ia berkembang bakal terbuka luas. Semua telah tahu kadar pembiakan babi terlalu cepat dan tidak cerewet untuk hidup dalam apa keadaan sekalipun.

Tetapi bolehkah kita menghapuskan terus industri ini dalam masa yang singkat? Ya, jika semua penternak faham akan tujuan dan menerima alternatif dalam bentuk lain dan setuju dengan jumlah pampasan atau sebagainya yang diberikan.Tetapi ini mungkin tidak akan berlaku sepenuhnya kerana akan ada penternak yang tidak setuju dan berkemungkinan bertindak di luar batasan jika dipaksa. Jadi kepada mereka, syarat-syarat yang ketat seperti amalan kaedah sistematik adalah perlu dan had bilangan babi perlu dipatuhi. Konsep perladangan mereka juga perlulah bersifat tertutup jauh dari penempatan, punca air, takungan dan tidak mencemarkan alam sekitar. Tindakan tegas perlu diambil jika ia tidak dapat dilakukan. Sistematik dalam skala yang besar dengan sistematik dalam skala yang kecil adalah dua perkara yang berbeza. Dalam perkara negatif jika terpaksa dilakukan adalah elok menggunakan skala kecil kerana lebih senang untuk diuruskan malah untuk dibasmikan.

Dalam kontek negeri Selangor, langkah kerajaan untuk menempatkan penternakan babi di satu tempat yang luas dalam skala besar walaupun dikatakan akan dibuat secara sistematik adalah tidak wajar. Ini kerana tahap risikonya adalah amat tinggi dan bakal mengundang pelbagai masalah. Kita belum lagi dapat menguruskan sebuah incinerator untuk pembuangan sampah. Apakah kita mampu menguruskan ladang babi berkeluasan 300 ekar? Kita tidak perlu bersikap 'Malaysia Boleh' dalam hal ini. Apa yang perlu ialah pendekatan untuk mengurangkan seterusnya membasmi babi, bukan untuk menstabilkan jumlahnya apatah lagi menambah jumlahnya. Jika difikirkan dari segi keperluan apakah tiada makanan lain yang lebih berkhasiat dan ternyata bersih serta tidak menimbulkan sebarang keraguan. Cukuplah ia dijual sekadar untuk mereka-mereka yang tidak dapat meninggalkan langsung makanan itu atau untuk tujuan keraian dan bukan keperluan harian. Mengikut perangkaan, jumlah pelaburan yang bakal digunakan adalah RM 100 juta. Tidakkah lebih baik jika pelaburan sebegitu banyak digunakan untuk menjana sumber makanan lain seperti ikan, ayam, lembu dan sebagainya yang nyata jauh dari unsur was-was/haram dan dapat dimanfaati oleh semua pihak? Fikir-fikirkan lah. Tidak perlulah kita perjuangkan perkara yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah mengurangkan babi seminima yang mungkin kearah membasminya. Tidak perlulah kita ke German semata-mata untuk belajar pengurusan babi kerana pakar dalam negera pun ada yang tidak kurang hebatnya, mungkin untuk skala kecil. Dan ini pun yang kita perlukan untuk memenuhi kehendak mereka yang betul-betul berkeinginan terhadap babi. Kerana kita percaya tidak ramai orang yang tidak boleh hidup tanpa babi.

Berkenaan dengan kelulusan yang telah diberikan oleh kerajaan yang lepas. Persoalannya, apakah ia tidak boleh diubah?

Kita tidak boleh mengharamkan terus babi untuk dimakan oleh mereka yang menpunyai hak ke atasnya. Tetapi kita boleh untuk menggalakkan mereka untuk mengurangkannya atau meninggalkannya seperti juga arak dan judi. Jadi dalam isu ini tidak timbul isu untuk menidakkan hak kepada mereka yang berhak. Hak terus diberikan tetapi ia perlu dipastikan tidak menyusahkan dan menimbulkan keresahan kepada pihak lain. Hatta, dalam Islam sendiri pun dibolehkan untuk makan babi dalam keadaan darurat seperti kebuluran dan sebagainya. Sekiranya ini dapat dilakukan secara perlahan-lahan adalah diharapkan penggemar daging atau produk berasaskan babi dapat melupakan tabiat berkenaan. Bacalah laman ini http://hubpages.com/hub/porkhazards yang mengisahkan pengalaman seorang pelajar berbangsa Cina yang belajar di London berkenaan dengan babi.

Kepada YB dan rakan-rakan seangkatan dalam kerajaan Selangor, bertindaklah dengan betul supaya ia boleh memberi manfaat kepada semua pihak secara menyeluruh. Say No to BABI not Well Done for BABI. Berikan juga penekanan yang lebih kepada isu-isu sosial, jenayah, rogol, judi dan arak. Bersama kita melahirkan Selangor dan Malaysia yang bersih. BERSIH!!!!!!!! Lupakah kita?? Berkatalah benar walaupun ia pahit. Sekian terima kasih dan selamat berkhidmat.

Pendapat saya mudah. Jangan POLITIKKAN LAGI ISU BABI ini. Jangan POLEMIKKAN LAGI untuk kepentingan agenda maupun madah.
Memandangkan perkara perihal ladang BABI di Selangor ini akan melibatkan kebajikan PENDUDUK di sekitar kawasan terbabit khasnya, dan Selangor Umumnya. Langkah BIJAK, ADIL dan TERBAIK adalah dengan mendapatkan pandangan, maklumbalas serta persetujuan Penduduk yang terbabit. Kalau majoriti mereka, SETUJU; walau apa buruk dan baiknya dari apa jua sudut pandangan, PROJEK TERSEBUT MAKRUH DITERUSKAN. Kalau majoriti mereka TIDAK BERSETUJU, maka PROJEK PENTERNAKAN BABI TERSEBUT WAJIB DIHENTIKAN!!

10 comments:

Letting the time pass me by said...

Memang aku setuju cadangan hang...

Tapi diorang dah buat ke survey maklumbalas tu?

Mungkin kalau setiap penduduk dapat pampasan RM100,000 seorang ade yang setuju kut?

Wakmasnoor said...

Kerajaan Negeri akan mengadakan suatu 'sessi penerangan khas' kepada penduduk-penduduk yang terbabit. Tetapi ianya adalah merupakan sessi penerangan sahaja dan bukannya petisyen persetujuan. Kerajaan Negeri masih berkuasa untuk memutuskan keputusan sendiri.

Suatu 'Warta Pemberitahuan' mengenai projek tersebut akan dinotiskan oleh Kerajaan Negeri. Dan suatu tempoh masa bagi sebarang bantahan akan diberi. Bantahan (sekiranya ada) akan diputuskan di dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Sekiranya projek tersebut diteruskan oleh Kerajaan Negeri, alternatif bagi yang membantah projek tersebut adalah dengan memfailkan perkara tersebut ke Mahkamah Seksyen dan memohon Injuksi Pemberhentian, sehingga perkara tersebut diputuskan oleh Mahkamah.

Unknown said...

hi there, just read ur blog. i'm a non muslin. just wanted to know why islam c pig as HARAM. because i have no idea wat ur teaching is all about, maybe u can explain me and teach me a lesson:) thanks. but why only pig can spread so many disease while others animal can't?

Wakmasnoor said...

Hi there Wee.

Im not really the expert to answer both your questions. But i'll give the best and shortest possible.

Religion is foremost a matter of one and absolute faith. By mentioning FAITH, some of the teaching and reasoning of and for certain (important) matters of guidance and instructions, are in reality, beyonds one reasonable and limited understanding and common sense. That is why it is said 'to have faith in'. Like to have faith in GOD, without ever seeing one. To have faith in 'hell and heaven', without anyone ever been there and back, to tell us of its existence. The taught of one's religion on certain issues, for eg pig; is for the believers to have positive faith and believing the good causes for it. To grasp the wisdom behinds it without deeply madly questioning it, unless the call is so against the nature of one being a human being. For eg to question why Hindus dont eat cow. Surely the answer wont make any sense to any commoners, but because it is what the religion, Hinduism, told them to, they would definitely follow without question. Its all about faith and to believe the good cause and wisdom which are there for a reason. And we dont have the right to question it, what more to rebuke it, when we dont actually shared the same faith, experience and religion as them. But we have to respect the preaching of others and their principles on certain matters pertaining to their teaching, just like of our own faiths and beliefs.

Muslims dont hate pig. Pig is god creature too. We just not being allowed to associate oneself to almost all matters related to pig especially consuming it. But we dont stop others (non-muslim) in consuming or rearing pig. While our teaching instructed us not to (Haram), science has proven that pig is one of the most epidemic and pathogen of all animals. A very adaptable animal both in taking and giving diseases. And rightly so, very dangerous to human.

While Islam has impartiality (fair and just) towards all believers of their own religions, its a strictly NO for muslim to consume and to relate themselves to pig. And it help us (muslim) to appreciate the wisdom and reason behind the 'NO' even easier when science and medical studies have proven us (in not consuming pigs) to be right.

I do hope my explanations above have help you to understand why pig is Haram and a NO to muslim, both in spiritual and factual reasons.

Thanks for visiting my page Wee. Hope to see you again.

Shaark@Dea said...

Tak sudah² dengan isu babi ni erkk...Semoga pihak yang bertanggung jawab dapat menyelesaikan permasaalahan ini dengan penuh bijaksana tanpa menimbulkan kontroversi...Jangan sampai negara kita menjadi pengeksport no 1 dunia udah laaa yer....

1 said...

Saudara,

Bagaimana dengan semua penyakit-penyakit yang boleh disebarkan oleh ternakan lembu juga seperti foot-and-mouth disease, Mad Cow disease, dan sebagainya, yang sering keluar suratkhabar? Negara-negara maju seperti US, UK dan Eropah sering menghadapi krisis ternakan lembu seperti ini juga. Amat membahayakan.

Selain itu, ada juga penyakit-penyakit yang berpunca dari kambing seperti foot-and-mouth disease, scrapie, encephalomyelitis dan sebagainya. Sering juga berlaku cetusan kes-kes seperti ini di banyak negara seperti di China, Timur Tengah, dan Afrika.

Semua ternakan haiwan ada risiko penyakitnya yang tersendiri. Bukan babi sahaja. Lagipun, di negara-negara Eropah dan di America Syarikat banyak ladang babi jugak. Diorang okey saja, bukan?

Maka biar kita luaskan pandangan dan seimbangkan kritikan kita itu.

Wakmasnoor said...

Saudara Rocky,

Pendapat saudara adalah benar dan tepat.

Tetapi oleh kerana yang menjadi ISU , perdebatan juga penentangan (atau sokongan) adalah berkenaan babi; maka sudah tentulah semua pihak akan memberi sebab musabab tertentu untuk menyokong pandangan dan keputusan masing2. Sebab OBJEKTIF adalah berkaitan anutan (agama) dan SUBJEKTIF adalah berkaitan sains, kesihatan dan penyakit (seperti yang saudara utarakan). OBJEKTIF bermaksud, apa yang diajar oleh sesuatu pegangan, bulatnya tidak ada kompromi. Seperti juga larangan memakan daging lembu dalam ajaran Hindu. Adalah TIDAK BOLEH, sukar dan tidak bijak untuk kita memperdebatkan hal objektif sedemikian. SUBJEKTIF bermaksud, pertimbangan, perbandingan atau kajian yang lebih halus (terperinci) boleh diadakan bagi mencari suatu kompromi atau penyelesaian bagi sesuatu perkara. Seperti contoh, kalau babi membawa penyakit, lembu dan kembing juga turut membawa penyakit yang tertentu.

Permasalahan berkenaan babi di Malaysia ini, adalah merangkumi kedua-dua faktor bersandarkan OBJEKTIF dan SUBJEKTIF. Ianya harus memenuhi kehendak (atau tuntutan) kedua-dua faktor bagi memboleh sesuatu perkara itu dipersetujui atau dibenarkan, secara umum. Unfortunately, faktor Objektif dan Subjektif secara terangnya telah bersetuju mengenai implikasi, topografi dan hukum Negatif berkenaan babi ini. Dan apabila ianya DIPOLITIKAN pula oleh pihak2 tertentu, ianya menjadi lebih jelas dan besar.


Thanks for the comment, Rocky.

razalibon said...

Satu penjelasan yg baik sdr Wak.

Kenapa tak digalakkan je oleh kerajaan supaya diorang ni tukar ke sumber pendapatan lain. Macam kes tanaman tembakau dulu. Nak kurangkan rokok, kerajaan perkenalkan tanaman lain kepada petani2. Siap offer subsidi yang baik lagi. Akhirnya petani2 tu dapat menikmati pendapatan yang lebih baik tanpa sebarang kontroversi.

Mohd Radzian said...

Saya telah mengikuti isu ini. Apa yang telah saya faham, Kerajaan Selangor (sebelum Pakatan) bersetuju secara dasar bergantung kepada kelulusan kajian alam sekitar.

Perkara ini menjadi polemik apabila Teresa Kok menyatakan di dalam blognya bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah meluluskan projek ini secara sah dan tulus tanpa mengambil kira Kajian Alam Sekitar.

Terdapat dua perkara yang perlu disemak iaitu (1) EIA report dan (2) Sentimen penduduk tempatan.

Cara mudah untuk mendapatkan sentimen penduduk tempatan adalah dengan cara menajukan soalan ini kepada ADUN dan MP yang telah dilantik oleh rakyat di kawasan tersebut.

Cara kurang mudah adalah dengan membuat satu kiraan undi di kawasan tersebut.

Saya percaya majoriti tidak bersetuju sebab kawasan tersebut adalah kawasan bermajoriti melayu dan bukan majoriti Cina.

Wakmasnoor said...

Saya bersetuju dengan pendapat Sdr Radzian.

Cuma perbezaannya, kerajaan BN meluluskan dan mungkin melaksanakan projek 'sensitif' ini secara senyap. Strategi umum BN adalah dengan meyakinkan sebilangan mereka yang berpengaruh dan mencari jalan kompromi sesama mereka. Jalan kompromi yang dimaksudkan ini adalah dengan memberi peruntukan khas atau gantirugi bersesuaian kepada penduduk terbabit.

Kerajaan PR pula tidak memikirkan perkara sedemikian. Mereka terlalu asyik dalam agenda 'search and assault' mereka. Mereka akan mencari apa jua yang dipikirkan salah laku pentadbiran sebelumnya dan mendedahkan kepada umum. Ini terang sebagaimana di dalam Manifesto mereka. Cuma kesilapan mereka (PR) terutamanya DAP, adalah tidak memikirkan apa strategi pertahanan yang akan di ambil sekiranya serangan yang dilakukan gagal menepati sasaran. Mereka lupa akan sensitiviti isu babi ini. Dan akhirnya, umum lebih peka kepada persoalan 'what's next?' dan keputusan PR berkenaan isu babi ini. Umum tidak lagi 'too concern' mengenai Parti mana harus disalahkan.